Sunday, 1 April 2012

Kamu..!!






YA..KAMU!!!

Mari sama2 kita ucapkan LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH..♥
(Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah)


Cuba bayangkan kita share ni dan banyak mana hambaNya yang akan ucapkan kalimah ini..semoga memperoleh ganjaran daripada Allah SWT atas setiap ucapan ikhlas daripada anda semua♥♥


mari pakat2 share yer, biar bergema ucapan ini dari hati dan lidah setiap insan yang menyebutnya..gandakan ucapan, gandakan pahala ^_^


Hak


BUDAK MUDA BERCOUPLE suka sebut soal 'HAK'.. Lelaki itu 'hak' dia sebab dah jadi 'BOYFREN' dia.. Perempuan itu 'Hak' dia sebab dah jadi 'GIRLFREN' dia.. Bila ada yang kacau 'Hak' tersebut, BERLAKULAH PERGADUHAN sesama mereka. LELAKI BERGADUH sampai BERTUMBUK-TUMBUK.. PEREMPUAN BERGADUH sampai TARIK-TARIK RAMBUT.

Dengar sini wahai ANAK MUDA, sebelum bising 'mempertahankan hak' kamu, cuba periksa dulu:-

#Perempuan itu HAK BAPA dia, kalau mahu HAK tersebut, SILA BERJUMPA dengan bapanya terlebih dulu.
#Lelaki itu HAK IBU dia, sudah cukup tertunaikah TANGGUNGJAWAB dia sebagai ANAK LELAKI kepada ibunya sendiri??

Jika tidak, JANGAN SIBUK sangat bercerita pasal 'hak', jika hak yang sepatutnya TIDAK KAMU TUNAIKAN.. HAK ALLAH pun masih belum TERJAGA, berani benar menyebut pasal hak..


::Periksa balik apa HAK kita pada Allah & sesama MANUSIA


:: P/S Peringatan untuk diri sendiri dan untuk kita bersama :)


Kisah Langit Dan Bumi


Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah s.w.t. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain." Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah s.w.t. seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku." Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah s.w.t. dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah s.w.t. mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail a.s.bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah s.w.t. berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu." Kemudian Jibrail a.s. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail a.s.terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail a.s. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"
Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan." Berkata Jibrail a.s., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian Jibrail a.s.memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu'alam.
Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan Israk dan Mikraj.