Thursday, 4 April 2013

Aku Bagaikan Puteri



Mungkin orang akan bercakap aku dah ketinggalan, tak apa lah...sebab pada aku ketinggalan baca novel ni tak rugi sangat. hehehehe... Cuma baru-baru ni Sang Arjuna ada menghadiahkan buku novel ni sempena kepulangannya dari Lahad Datu tempoh hari. Alhamdulillah, sebab kebetulan aku sangat menggemari penulis novel ni. 

Ramlee Awang Murshid, nama yang tidak asing lagi dipersada dunia kesusasteraan. Memberi nafas baru dalam berkarya, benar-benar berjaya mengetuk jiwa wanitaku ni (cewahhh..da macam ayat novel da..hehehehe). Aku mula-mula meminati karya tulisan beliau sejak aku terbaca buku bertajuk A.D.A.M (Aku Darah Anak Malaysia) semasa novel tu mula-mula sampai di pusat sumber sekolah menengah. Aku lah orang pertama yang meminjamnya...hehehe...Sejak tu aku betul-betul dah jatuh cinta dengan penulisan beliau sampaikan bila baca novel novelis lain (Yang tak berapa nak popular) macam boring jer. Sebab kisah cinta yang melampau-lampau macam cerita Hindustan. (aku malas betul layan kisah cintun hindustan ni). Aku nak komen sikit pasal novel ni.

Bagaikan Puteri, walaupun dikategorikan sebagai genre thriller, tapi pada aku novel ni boleh juga dikategorikan sebagai novel islamik sebab sepanjang jalan penceritaan lebih berunsur keislaman. Kesungguhan Laksamana Sunan dalam berjuang demi Islam dan cintanya terhadap Allah dan Rasulnya menguatkan lagi pendapat aku.

Dari segi penceritaan yang sangat tak logik tapi tak mustahil (semua atas izin Alah), seolah-olah telah berjaya membawa aku ke dalam dunia tersebut. Tipu lah kalau aku tak terjatuh hati pada watak Laksamana Sunan. Sampai satu tahap aku rasa macam dia wujud dan kadangkala tertanya-tanya betul ke dia pernah bertarung dengan Laksamana Hang Tuah dan dia lagi hebat dari Laksamana Hang Tuah?? Hehehehe...Hai, Kalau lah nama dia juga termasuk dalam sejarah Melaka...mcm mana agaknya ye....hilang lah nama Hang Tuah 5 bersaudara kot...heheheheh...Terfikir juga situasi di tempat Haryani yang mendapat cinta dari zaman lain... wah!!! dahsyat betul tapi merana sikit la...kesian...Kalau aku lah, gila agaknya. hehehehe..

Kesimpulan yang boleh aku buat, walaupun tak sehebat Harry Potter (dari segi tak logik nya) tapi pada aku novel ni setaraf dengan novel Harry Potter. hehehehe.(sape lagi nk sokong karya malaysia kalau bukan rakyat malaysia sendiri). Buat filem pon bagus jugak. Ni balik-balik kisah cinta. Boring betul. Tak sabar nak baca kesinambungan novel ni. Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta dan Cinta Sufi. (Wahhh!!! panjang lagi pengembaraan ni). Tak apa, perlahan-lahan layan novel. Hehehehehe..

#Sang Arjuna Ku = Laksamana Sunan di Hatiku#

kihkihkih....<3





No comments:

Post a Comment