Assalamualaikum...
Entri kali ni agak menarik untuk dibincangkan. Banyak dikalangan kita masih tertanya-tanya siapa jodoh mereka. Menyerahkan hati pada orang yang kita sayang tak bermakna itu adalah jodoh kita. Kita hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukan. Bagi yang dapat jodoh awal, Alhamdulillah. Bagi yang lewat pasti akan tertanya-tanya bila..bila..dan bila. Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah.
Ada banyak situasi-situasi yang berkaitan dengan jodoh. Ada yang berkawan bertahun-tahun tapi masih tak kahwin-kahwin. Ada pula yang berkenalan sebulan dua, akhirnya mendirikan rumah tangga. Ada pula yang perkahwinan mereka diaturkan oleh keluarga. Walau apa pun jalan ceritanya, semua itu telah dirancangkan oleh Allah.
Allah dah aturkan setiap kehidupan hamba-hambaNya. Dengan ujian yang berbagai-bagai dan dia hanya akan menguji hambaNya yang mampu menghadapi setiap yang diduga.
Jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai, Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walau kita bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya . Kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH.
Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama. Kita Tetap Tidak Akan Bersama. Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang. Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t., Maha Perancang Segalanya.
Semua diantara kita mengharapkan jodoh yang baik.. tetapi harus diingatkan bahawa lelaki-lelaki baik hanya untuk perempuan-perempuan yang baik dan sebaliknya. Jadi seharusnya kita berusaha menjadi yang terbaik untuk diketemukan bersama-sama jodoh yang Terbaik. Ini kerana bertemu dengan yang SOLEHAH, SOLEHAH nya akan berubah, bertemu yang SOLEH, Belum tentu SOLEHnya kekal. Kerana si SOLEH dan SOLEHAH cuma insan biasa.
Apa yang paling dikesalkan, muda-mudi terutama golongan remaja, anak gadis sanggup mempertaruhkan segalanya demi cinta pada seorang lelaki yang belum diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Seharusnya difahami bahawa cinta sejati hanya hadir pada kasih sayang seorang Suami kepada Si isteri dan kasih sayang isteri pada suami. Bukan kekasih hati yang belum tentu cinta abadi.
Oleh itu, mari sama-sama kita perbaiki, minta dengan Allah kerana hanya Allah yang mengetahui sedangkan kita tidak. :)
No comments:
Post a Comment