Assalamualaikum...
Entri kali ni agak menarik untuk dibincangkan. Banyak dikalangan kita masih tertanya-tanya siapa jodoh mereka. Menyerahkan hati pada orang yang kita sayang tak bermakna itu adalah jodoh kita. Kita hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukan. Bagi yang dapat jodoh awal, Alhamdulillah. Bagi yang lewat pasti akan tertanya-tanya bila..bila..dan bila. Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah.
Ada banyak situasi-situasi yang berkaitan dengan jodoh. Ada yang berkawan bertahun-tahun tapi masih tak kahwin-kahwin. Ada pula yang berkenalan sebulan dua, akhirnya mendirikan rumah tangga. Ada pula yang perkahwinan mereka diaturkan oleh keluarga. Walau apa pun jalan ceritanya, semua itu telah dirancangkan oleh Allah.
Allah dah aturkan setiap kehidupan hamba-hambaNya. Dengan ujian yang berbagai-bagai dan dia hanya akan menguji hambaNya yang mampu menghadapi setiap yang diduga.
Jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai, Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walau kita bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya . Kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH.
Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama. Kita Tetap Tidak Akan Bersama. Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang. Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t., Maha Perancang Segalanya.
Semua diantara kita mengharapkan jodoh yang baik.. tetapi harus diingatkan bahawa lelaki-lelaki baik hanya untuk perempuan-perempuan yang baik dan sebaliknya. Jadi seharusnya kita berusaha menjadi yang terbaik untuk diketemukan bersama-sama jodoh yang Terbaik. Ini kerana bertemu dengan yang SOLEHAH, SOLEHAH nya akan berubah, bertemu yang SOLEH, Belum tentu SOLEHnya kekal. Kerana si SOLEH dan SOLEHAH cuma insan biasa.
Apa yang paling dikesalkan, muda-mudi terutama golongan remaja, anak gadis sanggup mempertaruhkan segalanya demi cinta pada seorang lelaki yang belum diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Seharusnya difahami bahawa cinta sejati hanya hadir pada kasih sayang seorang Suami kepada Si isteri dan kasih sayang isteri pada suami. Bukan kekasih hati yang belum tentu cinta abadi.
Oleh itu, mari sama-sama kita perbaiki, minta dengan Allah kerana hanya Allah yang mengetahui sedangkan kita tidak. :)
Saturday, 28 December 2013
Selamat Tahun Baru 2014 --> mari berAZAM
Rasulullah s.a.w bersabda, ”Sesungguhnya seseorang boleh tertahan rezekinya kerana dosa-dosa yang dilakukannya.” (HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)
As salamu'alaikum SAHABAT-SAHABAT yg di muliakan Allah SWT.
Moga hari ini menjanjikan yg lebih baik drp semalam. Tahun baru 2014 bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi, mari kita berazam & usaha utk buang & hakis salah satu drp sifat buruk kita agar kita dpt mardhatillah. Antara sifat2 buruk kita termasuklah:
1. Hati yang masih kotor
2. Minda yang negatif
3. Lidah yang celupar
4. Sifat boros
5. Lemah dan malas
6. Kedekut
7. Selekeh
8. Kurang disiplin
9. Cemburu buta
10. Pemarah
11. Berbohong
12. Bertangguh-tangguh
13. Kurang pemaaf
14. Mudah puas hati
15. Tidak istiqamah
16. Enggan mengalah
17. Dia saja yang betul (sifat nasisistik)
18. Terlalu kritikal
19. Bersangka buruk kepada Allah SWT
20. Tak mampu nak kata “ tidak”
21. Terlupa konsep Qada’ dan Qadar
Mudah2an kita akan dpt buang sifat2 yg buruk ini sebelum kita meninggal dunia.
Moga Allah rahmati kita. Amin, wassalam.
#Pesanan untuk diri sendiri juga
Friday, 27 December 2013
Tips Asas Mudah Kuruskan Badan
Assalamualaikum..
Entri hari ini saya nak kongsikan tips-tips asas kuruskan badan. Walaupun agak mudah tapi secara psikologinye orang-orang kita susah nak konsisten dalam perkara yang mudah. Semua bergantung pada diri sendiri. :)
Jika anda betul-betul amalkannya, anda akan kurus dengan berkesan!
Berikut tersenarai 8 Tips Asas Mudah Untuk Kuruskan Badan:-
1. Kawal Pemakanan Anda
Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang.
Tahukah anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda.
Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!
2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein
Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula.
Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama.
Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan anda akan kurus dan langsing!
3. Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)
Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!
Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar.
Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.
Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar. Bagaimana?
4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein
Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!
Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.
Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.
5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari
Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari.
Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan.
6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan
Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan anda.
Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda.
Selain itu, apalah salahnya jika sekali- sekala anda menggunakan tangga jikaoffice/ rumah anda tidak terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil kurus!
7. Pilih Program Diet/ Kuruskan Badan Yang Terbaik
Perhatian: Jangan sesekali membuang duit anda di slimming center. Anda jejakkan kaki sahaja ke dalam pejabat mereka, anda perlu bayar RM300 hanya untuk mendapatkan consultation/ khidmat nasihat mereka.
Jika anda fikir mesin-mesin mereka boleh menguruskan badan anda, anda silap! Akhirnya, anda akan diberikan suatu jadual pemakanan yang sangat ketat sehinggakan salah satu menu anda adalah satu batang lobak untuk waktu petang!
Anda boleh rujuk blog saya untuk mendapatkan program diet yang benar-benar berkesan, semulajadi dan tidak membebankan. Malah, ia mengikut kesemua 8 cara mudah untuk kuruskan badan dengan berkesan yang saya senaraikan di sini.
8. Positifkan Diri Anda
Akhir sekali, anda buatkan satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.
Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa jika tiada penurunan berlaku. Iyalah, anda takkan nampak kesannya dalam sehari!
Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan result yang positif!
Semoga Bermanfaat dan Berjaya!
Thursday, 4 April 2013
Thursday, 14 February 2013
Moga Allah Melindungi Dia
Berkaitan dengan kes pencerobohan warga filipina ke negara kita pada 13 Feb 2013. Benar-benar membuatkan hati ni risau. Kerana sang Arjuna kekasih hati terlibat dalam kejadian tersebut.
kapal KD Jebat
Walaupon berat hati melepaskan pemergiannya, tapi demi tanggungjawabnya untuk melindungi negara, hati ini merelakan. Hati ini redha. Sedih memang sedih.
Pelayaran selama 2 bulan betul-betul menguji kesabaran kita. Semoga Allah melindungi nya... Semoga KD Jebat selamat pergi dan selamat pulang dalam keadaan selamat dengan membawa perkabaran yang baik...amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)